BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,448 dengan lima kematian, kes aktif 18,010

Coronavirus-COVID-19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,448 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 317,717 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,191 kes.

Daripada 1,448 kes yang dilaporkan hari ini, 1,438 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,137 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 298,516 kes.

Sementara itu terdapat 155 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 317,717 dengan 93.96 peratus kadar sembuh bersamaan 298,516 pesakit, manakala 1,191 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 18,010 kes aktif pada kadar 5.67 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top