BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,384 dengan enam kematian, kes aktif 14,454

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,384 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 335,540 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,244 kes.

Daripada 1,384 kes yang dilaporkan hari ini, 1,375 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,058 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 319,842 kes.

Sementara itu terdapat 148 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 335,540 dengan 95.32 peratus kadar sembuh bersamaan 319,824 pesakit, manakala 1,244 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,454 kes aktif pada kadar 4.31 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top