BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,360 dengan dua kematian, kes aktif 14,504

covid_19_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,360 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 338,168 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,248 kes.

Daripada 1,360 kes yang dilaporkan hari ini, 1,359 adalah penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,491 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 322,416 kes.

Sementara itu terdapat 157 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 72 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 338,168 dengan 95.34 peratus kadar sembuh bersamaan 322,416 pesakit, manakala 1,248 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,504 kes aktif pada kadar 4.29 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top