BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,354 dengan empat kematian, kes aktif 16,279

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,354 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 323,763 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,210 kes.

Daripada 1,354 kes yang dilaporkan hari ini, 1,340 adalah penularan tempatan dan 14 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,782 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 306,274 kes.

Sementara itu terdapat 158 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 71 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 323,763 dengan 94.6 peratus kadar sembuh bersamaan 306,274 pesakit, manakala 1,210 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 16,279 kes aktif pada kadar 5.03 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top