BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,349 dengan dua kematian, kes aktif 14,509

COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,349 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 350,959 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,288 kes.

Daripada 1,349 kes yang dilaporkan hari ini, 1,342 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,270 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 335,162 kes.

Sementara itu terdapat 186 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 350,959 dengan 95.50 peratus kadar sembuh bersamaan 335,162 pesakit, manakala 1,288 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,509 kes aktif pada kadar 4.13 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top