BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,335, ua kematian, kes aktif 11,039

Covid-19-Coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan kekal 381 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,335 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 72,694.

Daripada 1,335 kes yang dilaporkan hari ini, 1,332 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,069 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 61,273 kes.

Sementara itu terdapat 126 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 72,694 kes dengan 84.3 peratus kadar sembuh bersamaan 61,273 pesakit, manakala 382 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,799 kes aktif pada kadar 15.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top