BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,327 dengan empat kematian, kes aktif 14,518

covid-19-coronavirus-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,327 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 333,040 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,233 kes.

Daripada 1,327 kes yang dilaporkan hari ini, 1,316 adalah penularan tempatan dan 11 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,247 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 317,289 kes.

Sementara itu terdapat 154 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 333,040 dengan 95.27 peratus kadar sembuh bersamaan 317,289 pesakit, manakala 1,233 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,518 kes aktif pada kadar 4.36 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top