BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,317 dengan empat kematian, kes aktif 15,835

COVID_19_Coronavirus-1.jpg

KUALA LUMPUR, 12 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,317 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 362,173 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,333 kes.

Daripada 1,317 kes yang dilaporkan hari ini, 1,305 adalah penularan tempatan dan 12 kes import.

Dalam pada itu 1,052 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 345,005 kes.

Sementara itu terdapat 188 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 362,173 dengan 95.16 peratus kadar sembuh bersamaan 345,005 pesakit, manakala 1,333 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Sehingga kini sejumlah 15,835 kes aktif pada kadar 4.37 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top