BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,302 dengan empat kematian, kes aktif 14,380

COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,302 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 341,944 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,255 kes.

Daripada 1,302 kes yang dilaporkan hari ini, 1,293 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,127 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 326,309 kes.

Sementara itu terdapat 169 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 341,944 dengan 95.43 peratus kadar sembuh bersamaan 326,309 pesakit, manakala 1,255 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,380 kes aktif pada kadar 4.20 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top