KUALA LUMPUR, 6 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,300 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 353,329 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,300 kes.
Daripada 1,300 kes yang dilaporkan hari ini, 1,276 adalah penularan tempatan dan 24 kes import.
Dalam pada itu 1,412 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 337,868 kes.
Sementara itu terdapat 189 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 353,329 dengan 95.62 peratus kadar sembuh bersamaan 337,868 pesakit, manakala 1,300 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 14,161 kes aktif pada kadar 4.01 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini