BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,285 dengan empat kematian, kes aktif 14,203

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,285 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 355,753 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,308 kes.

Daripada 1,285 kes yang dilaporkan hari ini, 1,268 adalah penularan tempatan dan 17 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,175 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 340,242 kes.

Sementara itu terdapat 186 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 355,753 dengan 95.64 peratus kadar sembuh bersamaan 340,242 pesakit, manakala 1,308 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,203 kes aktif pada kadar 3.99 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top