BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,280 dengan sembilan kematian, kes aktif 18,704

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,280 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 316,269 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,186 kes.

Daripada 1,280 kes yang dilaporkan hari ini, 1,278 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,245 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 296,379 kes.

Sementara itu terdapat 155 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 316,269 dengan 93.71 peratus kadar sembuh bersamaan 296,379 pesakit, manakala 1,186 kematian bersamaan 0.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 18,704 kes aktif pada kadar 5.91 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top