BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,275 dengan satu kematian, kes aktif 14,269

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,275 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 339,443 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,249 kes.

Daripada 1,275 kes yang dilaporkan hari ini, 1,243 adalah penularan tempatan dan 32 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,509 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 323,925 kes.

Sementara itu terdapat 161 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 339,443 dengan 95.43 peratus kadar sembuh bersamaan 323,925 pesakit, manakala 1,249 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,269 kes aktif pada kadar 4.20 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top