KUALA LUMPUR, 24 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,268 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 336,808 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,246 kes.
Daripada 1,268 kes yang dilaporkan hari ini, 1,263 adalah penularan tempatan dan lima kes import.
Dalam pada itu 1,083 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 319,925 kes.
Sementara itu terdapat 161 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 336,808 dengan 95.28 peratus kadar sembuh bersamaan 320,925 pesakit, manakala 1,246 kematian bersamaan 0.37 peratus.
Sehingga kini sejumlah 14,637 kes aktif pada kadar 4.35 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini