BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,219 dengan dua kematian, kes aktif 15,075

covid-19-coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,219 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 327,253 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,220 kes.

Daripada 1,219 kes yang dilaporkan hari ini, 1,212 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,346 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 310,958 kes.

Sementara itu terdapat 154 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 64 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 327,253 dengan 95.02 peratus kadar sembuh bersamaan 310,958 pesakit, manakala 1,220 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,075 kes aktif pada kadar 4.61 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top