BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,213 dengan tiga kematian, kes aktif 14,782

coronavirus_covid19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,213 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 328,466 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,223 kes.

Daripada 1,213 kes yang dilaporkan hari ini, 1,207 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,503 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 312,461 kes.

Sementara itu terdapat 155 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 328,466 dengan 95.13 peratus kadar sembuh bersamaan 312,461 pesakit, manakala 1,223 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,782 kes aktif pada kadar 4.50 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top