BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,212, tiga kematian, kes aktif 10,578

DG-Hisham-KKM-30-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 360 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,212 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 65,697.

Daripada 1,212 kes yang dilaporkan hari ini, 1,203 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada terdapat 2,112 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 54,759 kes.

Sementara itu terdapat 113 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 65,697 kes dengan 83.4 peratus kadar sembuh bersamaan 54,759 pesakit, manakala 360 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,578 kes aktif pada kadar 16.4 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top