BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,208 dengan tiga kematian, kes aktif 15,511

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,208 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 324,971 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,213 kes.

Daripada 1,208 kes yang dilaporkan hari ini, 1,199 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,973 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 308,247 kes.

Sementara itu terdapat 155 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 70 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 324,971 dengan 94.86 peratus kadar sembuh bersamaan 308,247 pesakit, manakala 1,213 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,511 kes aktif pada kadar 4.77 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top