BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,199 dengan dua kematian, kes aktif 14,209

covid19-virus-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,199 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 340,642 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,251 kes.

Daripada 1,199 kes yang dilaporkan hari ini, 1,194 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,257 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 325,182 kes.

Sementara itu terdapat 167 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 72 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 340,642 dengan 95.46 peratus kadar sembuh bersamaan 325,182 pesakit, manakala 1,251 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,209 kes aktif pada kadar 4.17 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top