BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,178 dengan enam kematian, kes aktif 14,399

covid19-virus-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,178 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 346,678 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,278 kes.

Daripada 1,178 kes yang dilaporkan hari ini, 1,158 adalah penularan tempatan dan 20 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,377 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 331,001 kes.

Sementara itu terdapat 163 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 346,678 dengan 95.48 peratus kadar sembuh bersamaan 331,001 pesakit, manakala 1,278 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,399 kes aktif pada kadar 4.15 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top