BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,141, tiada kematian, kes aktif 10,799

DG-Hisham-KKM-4-Dis.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan kekal 376 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,141 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 70,236.

Daripada 1,141 kes yang dilaporkan hari ini, 1,138 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,144 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 59,061 kes.

Sementara itu terdapat 129 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 70,236 kes dengan 84.1 peratus kadar sembuh bersamaan 59,061 pesakit, manakala 376 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,799 kes aktif pada kadar 15.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top