BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,139 dengan empat kematian, kes aktif 14,097

covid-19-coronavirus-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 APR: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,139 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 354,468 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empt kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,304 kes.

Daripada 1,139 kes yang dilaporkan hari ini, 1,126 adalah penularan tempatan dan 13 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,199 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 339,067 kes.

Sementara itu terdapat 194 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 354,468 dengan 95.65 peratus kadar sembuh bersamaan 339,067 pesakit, manakala 1,304 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,097 kes aktif pada kadar 3.98 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top