BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,133 dengan lima kematian, kes aktif 14,199

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,133 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 344,018 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,265 kes.

Daripada 1,133 kes yang dilaporkan hari ini, 1,125 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,148 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 328,554 kes.

Sementara itu terdapat 161 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 344,018 dengan 95.5 peratus kadar sembuh bersamaan 328,554 pesakit, manakala 1,265 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,199 kes aktif pada kadar 4.13 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top