BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,123, empat kematian, 10,775 kes aktif

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 380 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,123 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 71,359.

Daripada 1,123 kes yang dilaporkan hari ini, 1,118 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,143 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 60,204 kes.

Sementara itu terdapat 130 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 71,359 kes dengan 84.4 peratus kadar sembuh bersamaan 60,204 pesakit, manakala 380 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,775 kes aktif pada kadar 15.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top