BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,116 dengan lima kematian, kes aktif 14,134

COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berjumlah 1,116 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 334,156 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 1,238 kes.

Daripada 1,116 kes yang dilaporkan hari ini, 1,108 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,495 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 318,784 kes.

Sementara itu terdapat 156 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 334,156 dengan 95.40 peratus kadar sembuh bersamaan 318,784 pesakit, manakala 1,238 kematian bersamaan 0.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 14,134 kes aktif pada kadar 4.23 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top