BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,109, dua kematian, kes aktif 11,307

DG-Hisham-27-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 350 kes.

Sementara itu jangkitan harian meningkat kepada 1,109 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 61,861.

Daripada 1,109 kes yang dilaporkan hari ini, 1,099 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Terdapat 1,148 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 50,204 kes.

Sementara itu terdapat 113 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 61,861 kes dengan 81.2 peratus kadar sembuh bersamaan 50,204 pesakit, manakala 350 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,307 kes aktif pada kadar 18.3 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top