BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,075, 11 kematian, kes aktif 10,802

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 376 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,075 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 69,095.

Daripada 1,075 kes yang dilaporkan hari ini, 1,072 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada terdapat 948 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 57,917 kes.

Sementara itu terdapat 116 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 46 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 69,095 kes dengan 83.8 peratus kadar sembuh bersamaan 57,917 pesakit, manakala 376 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,802 kes aktif pada kadar 15.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top