BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baru 1,012, empat kematian, kes aktif 10,862

DG-Hisham-KKM-8-Dec.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 388 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,012 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 75,306.

Daripada 1,012 kes yang dilaporkan hari ini, 1,005 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,750 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 64,056 kes.

Sementara itu terdapat 126 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 75,306 kes dengan 85.1 peratus kadar sembuh bersamaan 64,056 pesakit, manakala 388 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,862 kes aktif pada kadar 14.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top