BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baharu naik ke angka 21, tiada kematian hari ini, sembuh 95 peratus

covid-19-coronavirus-Covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Hari ini mencatatkan peningkatan kes baharu positif Covid-19 di Malaysia iaitu sebanyak 21, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,556.

Dari 21 kes tersebut dua merupakan kes import dan 19 merupakan kes penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.

Advertisement

Hari ini mencatatkan 76 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,146 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,556 kes dengan 95.21 peratus kadar sembuh bersamaan 8,146 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 289 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top