BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian baharu 15, tiada kematian hari ini, sembuh 95 peratus

kkm-dr-noor-hisham-covid-19-1.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Hari ini mencatatkan 15 kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,587.

Dari 15 kes tersebut dua merupakan kes import dan 13 merupakan kes penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.

Advertisement

Hari ini mencatatkan 21 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,177 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,587 kes dengan 95.23 peratus kadar sembuh bersamaan 8,177 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 289 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top