BM | EN | 中文

COVID-19: Kes harian 95 dengan satu kematian baru

Coronavirus-19-Blood-Test.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Hari ini 95 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,147 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes  sebanyak 129.

Daripada 95 kes positif yang dilaporkan, 91 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Advertisement

Terdapat 14 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,264 kes.

Sementara itu terdapat 11 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,147 kes dengan 91.30 peratus kadar sembuh bersamaan 9,264 pesakit, manakala 129 kematian bersamaan 1.27 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 754 kes aktif pada kadar 7.43 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top