BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 865 dengan tiga kematian

COVID-19_coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiga kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 190 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 865 kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 21,363.

Daripada 865 kes positif yang dilaporkan hari ini, 858 adalah kes penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Terdapat 455 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 13,717 kes.

Sementara itu terdapat 99 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 21,363 kes dengan 64.21 peratus kadar sembuh bersamaan 13,717 pesakit, manakala 190 kematian bersamaan 0.89 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 7,456 kes aktif pada kadar 34.90 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top