BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 862 dengan tiga kematian

DG-HISHAM-20-OKT.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiga kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 193 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 862 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 22,225.

Daripada 862 kes positif yang dilaporkan hari ini, 860 adalah kes penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Terdapat 634 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 14,351 kes.

Sementara itu terdapat 95 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 22,225 kes dengan 64.57 peratus kadar sembuh bersamaan 14,351 pesakit, manakala 193 kematian bersamaan 0.87 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 7,681 kes aktif pada kadar 34.56 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top