BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 847 dengan lima kematian

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lima kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 204 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 847 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 23,804

Daripada 847 kes positif yang dilaporkan hari ini, 842 adalah kes penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Terdapat 486 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 15,417 kes.

Sementara itu terdapat 90 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 23,804 kes dengan 64.77 peratus kadar sembuh bersamaan 15,417 pesakit, manakala 204 kematian bersamaan 0.86 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 8,193 kes aktif pada kadar 34.38 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top