BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 835 dengan dua kematian

covid-19-coronavirus-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, dua kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 238 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 835 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 28,640.

Daripada 835 kes positif yang dilaporkan hari ini, 830 adalah kes penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Terdapat 674 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 18,499 kes.

Sementara itu terdapat 89 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 28,640 kes dengan 64.59 peratus kadar sembuh bersamaan 18,499 pesakit, manakala 238 kematian bersamaan 0.83 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 9,903 kes aktif pada kadar 34.58 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top