BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 823 dengan lapan kematian

KKM-PPE-Covid-19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lapan kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 229 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 823 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia rekod tertinggi kes harian menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 26,565.

Daripada 823 kes positif yang dilaporkan hari ini, kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Advertisement

Terdapat 579 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 17,134 kes.

Sementara itu terdapat 99 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 26,565 kes dengan 64.50 peratus kadar sembuh bersamaan 17,134 pesakit, manakala 229 kematian bersamaan 0.86 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 9,202 kes aktif pada kadar 34.83 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top