BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 801, lapan kematian, kes aktif melebihi 10,000

coronavirus-covid-9.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lapan kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 246 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 801 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 29,441.

Daripada 801 kes positif yang dilaporkan hari ini, 799 adalah kes penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Terdapat 573 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 19.072 kes.

Sementara itu terdapat 94 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 25 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 29,441 kes dengan 64.78 peratus kadar sembuh bersamaan 19,072 pesakit, manakala 246 kematian bersamaan 0.84 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,123 kes aktif pada kadar 34.38 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top