BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 710 dengan sepuluh kematian

covid-19-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, sepuluh kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 214 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 710 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 24,514.

Daripada 710 kes positif yang dilaporkan hari ini, 709 adalah kes penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Terdapat 467 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 15,884 kes.

Sementara itu terdapat 90 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 24,514 kes dengan 64.80 peratus kadar sembuh bersamaan 15,884 pesakit, manakala 214 kematian bersamaan 0.87 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 8,416 kes aktif pada kadar 34.33 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top