BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 660 dengan empat kematian

DG-Hisham-13-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, empat kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 163 kes.

Sementara itu, hari ini 660 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 16,880.

Daripada 660 kes positif yang dilaporkan hari ini, 658 adalah kes penularan tempatan dan hanya dua kes import.

Advertisement

Terdapat 350 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 11,372 kes.

Sementara itu terdapat 101 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 16,880 kes dengan 67.37 peratus kadar sembuh bersamaan 11,372 pesakit, manakala 163 kematian bersamaan 0.97 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 5,345 kes aktif pada kadar 31.66 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top