BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 60, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 82 peratus

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar Ehsan FB KKM)

Dalam pada itu kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini sebanyak 60 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 7,245 kes.

Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 33 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,945 kes.

Advertisement

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan orang dengan empat daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,245 kes dengan 82.06 peratus telah sembuh bersamaan 5,945 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.59 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,185 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top