BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 563 dengan dua kematian

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, dua kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 159 kes.

Sementara itu, hari ini 563 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 16,220.

Daripada 563 kes positif yang dilaporkan hari ini, 562 adalah kes penularan tempatan dan hanya satu kes import.

Advertisement

Terdapat 109 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 11,022 kes.

Sementara itu terdapat 98 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 16,220 kes dengan 67.95 peratus kadar sembuh bersamaan 11,022 pesakit, manakala 159 kematian bersamaan 0.98 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 5,039 kes aktif pada kadar 31.07 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top