KUALA LUMPUR, 23 MEI: Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.
Dalam pada itu terdapat peningkatan kes positif baru Covid-19 direkodkan hari ini iaitu 48 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 7,185 kes.
Menurut Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 53 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,912 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan orang dengan lima daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,185 kes dengan 82.28 peratus telah sembuh bersamaan 5,912 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.60 peratus.
Sehingga kini sejumlah 1,158 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini