BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 374 dengan tiga kematian

DG-Hisham-10-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiga kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga kini sebanyak 155 kes.

Sementara itu, hari ini 374 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 15,096.

Daripada 374 kes positif yang dilaporkan hari ini, 372 adalah kes penularan tempatan dan hanya dua kes import.

Advertisement

Terdapat 73 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,780 kes.

Sementara itu terdapat 73 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 15,096 kes dengan 71.41 peratus kadar sembuh bersamaan 10,780 pesakit, manakala 155 kematian bersamaan 1.03 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 4,161 kes aktif pada kadar 27.56 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top