BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 30, kadar sembuh 81 peratus

coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Malaysia mencatatkan 30 kes positif Covid-19 harian baru, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 7,762.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 115 kes.

Daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import.

Advertisement

Baki 27 adalah kes penularan tempatan, dimana 17 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala 10 lagi adalah kes warganegara Malaysia.

Seramai 95 pesakit sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 6,330 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan orang dengan dua daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 7,762.kes dengan 81.55 peratus telah sembuh bersamaan 6,330 pesakit, manakala 115 kematian bersamaan 1.48 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,317 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top