BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 2,643 kes, 16 kematian, kes aktif 25,140

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia hari ini sebanyak 2,643 kes dengan jumlah kumulatif 131,108 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 16 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 537 kes.

Daripada 2,643 kes yang dilaporkan hari ini, 2,641 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,708 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 105,431 kes.

Sementara itu terdapat 170 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 82 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 131,108 kes dengan 80.4 peratus kadar sembuh bersamaan 105,431 pesakit, manakala 537 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 25,140 kes aktif pada kadar 19.2 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top