BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 2,451 kes, lima kematian, kes aktif 26,185

coronavirus_covid19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia hari ini sebanyak 2,451 kes dengan jumlah kumulatif 133,559 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 542 kes.

Daripada 2,451 kes yang dilaporkan hari ini, 2,447 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,401 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 106,832 kes.

Sementara itu terdapat 177 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 82 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 133,559 kes dengan 80 peratus kadar sembuh bersamaan 106,832 pesakit, manakala 542 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 26,185 kes aktif pada kadar 19.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top