BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 2,433 kes, sembilan kematian, kes aktif 27,332

covid-19-coronavirus-malaysia.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia hari ini sebanyak 2,433 kes dengan jumlah kumulatif 135,992 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 551 kes.

Daripada 2,433 kes yang dilaporkan hari ini, 2,426 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,277 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 108,109 kes.

Sementara itu terdapat 171 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 135,992 kes dengan 79.5 peratus kadar sembuh bersamaan 108,109 pesakit, manakala 551 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 27,332 kes aktif pada kadar 20.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top