BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 2,232 kes, empat kematian, kes aktif 28,554

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia hari ini sebanyak 2,232 kes dengan jumlah kumulatif 138,224 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 555 kes.

Daripada 2,232 kes yang dilaporkan hari ini, 2,225 adalah penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,006 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 109,115 kes.

Sementara itu terdapat 187 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 138,224 kes dengan 78.9 peratus kadar sembuh bersamaan 10,115 pesakit, manakala 555 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 28,554 kes aktif pada kadar 20.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top