BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 1,240 dengan tujuh kematian

DG-Hisham-26-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tujuh kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 236 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 1,240 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia rekod tertinggi kes harian menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 27,805.

Daripada 1,240 kes positif yang dilaporkan hari ini, 1,238 adalah kes penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Terdapat 691 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 17,134 kes.

Sementara itu terdapat 94 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 27,805 kes dengan 64.11 peratus kadar sembuh bersamaan 17,825 pesakit, manakala 236 kematian bersamaan 0.85 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 9,744 kes aktif pada kadar 35.04 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top