BM | EN | 中文

Covid-19: Kes harian 1,228 tertinggi semenjak wabak, dengan tujuh kematian

DG-Hisham-24-Okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tujuh kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 221 kes.

Sementara itu, hari ini mencatatakan 1,228 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia rekod tertinggi kes harian menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 25,742.

Daripada 1,228 kes positif yang dilaporkan hari ini, 1,217 adalah kes penularan tempatan dan 11 kes import.

Advertisement

Terdapat 671 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 16,555 kes.

Sementara itu terdapat 92 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 25,742.kes dengan 64.31 peratus kadar sembuh bersamaan 16,555 pesakit, manakala 221 kematian bersamaan 0.86 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 8,966 kes aktif pada kadar 34.83 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top